SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI (SMAN) KUNAK
MAKLUMAT UMUM
Soalan: Apakah maksud SMAN Kunak? Jawapan : SMAN Kunak merupakan sekolah menengah agama di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menawarkan pendidikan akademik dan agama secara bersepadu.
Soalan: Apakah visi sekolah? Jawapan : Menjadi sebuah sekolah yang Lestari dan Digital 2030.
Soalan: Apakah misi sekolah?
Jawapan : Melahirkan generasi berilmu, beriman, berakhlak mulia serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Soalan : Di manakah lokasi sekolah?
Jawapan : SMAN Kunak terletak di daerah Kunak, Sabah.
Soalan: Bagaimanakah cara menghubungi pihak sekolah?
Jawapan : Ibu bapa dan orang awam boleh menghubungi pejabat sekolah melalui telefon, e-mel atau media sosial rasmi sekolah.
KEMASUKAN MURID KE SMAN KUNAK
Soalan : Siapakah yang layak memohon kemasukan ke SMAN Kunak? Jawapan : Murid beragama Islam yang memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh JHEAINS.
Soalan : Bilakah permohonan kemasukan dibuka? Jawapan : Permohonan dibuka mengikut jadual yang diumumkan oleh JHEAINS dan pihak sekolah.
Soalan: Apakah dokumen yang diperlukan semasa permohonan? Jawapan :Salinan sijil kelahiran/MyKid/MyKad
Salinan keputusan peperiksaan
Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga
Dokumen lain yang ditetapkan.
Soalan: Adakah terdapat ujian atau temuduga kemasukan?
Jawapan : Ya dan tertakluk kepada syarat dan keperluan semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pendidikan agama negeri.
Soalan : Bagaimanakah cara mengetahui keputusan permohonan?
Jawapan: Keputusan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi sekolah atau JHEAINS.
AKADEMIK
Soalan: Apakah kurikulum yang ditawarkan?
Jawapan : Sekolah melaksanakan Kurikulum Kebangsaan (KPM) dan Kurikulum Pendidikan Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Soalan: Adakah Bahasa Arab diajar di sekolah?
Jawapan : Ya. Bahasa Arab merupakan salah satu mata pelajaran utama yang ditawarkan.
Soalan: Apakah peperiksaan yang diduduki oleh murid?
Jawapan : Pelajar menduduki peperiksaan dan pentaksiran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Soalan: Bagaimanakah prestasi akademik murid dipantau?
Jawapan : Prestasi dipantau melalui ujian, peperiksaan, pentaksiran bilik darjah dan perjumpaan bersama ibu bapa.
PROGRAM KBT
Soalan: Apakah maksud Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)?
Jawapan : KBT ialah Kurikulum Bersepadu Tahfiz merupakan kurikulum yang digunapakai bagi melaksanakan program Tahfiz dan ia merupakan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Program tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan hafazan al-Quran secara terancang dan sistematik.
Soalan : Siapakah yang boleh menyertai KBT?
Jawapan: Murid tingkatan satu hingga lima di SMAN Kunak.
Soalan : Adakah murid KBT turut mengikuti kurikulum akademik?
Jawapan : Ya. Murid mengikuti kedua-dua kurikulum akademik dan program hafazan.
Soalan : Apakah manfaat menyertai KBT?
Jawapan : Memantapkan hafazan al Quran, Membentuk disiplin diri, Mengukuhkan sahsiah dan kepimpinan
Meningkatkan kecemerlangan akademik dan Rohani.
KOKURIKULUM
Soalan: Adakah semua murid wajib menyertai kokurikulum?
Jawapan : Ya. Semua murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
Soalan: Apakah aktiviti kokurikulum yang ditawarkan? Jawapan : Kelab dan persatuan
Badan beruniform
Sukan dan permainan
Program kepimpinan
Soalan : Adakah murid boleh mewakili sekolah dalam pertandingan?
Jawapan : Ya. Murid digalakkan menyertai pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
DISIPLIN DAN SAHSIAH
Soalan: Apakah peraturan pakaian murid?
Jawapan : Murid hendaklah mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan oleh sekolah.
Soalan: Bagaimanakah sekolah menangani masalah disiplin?
Jawapan : Kes disiplin diurus mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Soalan: Apakah pendekatan sekolah dalam pembentukan sahsiah?
Jawapan : Sekolah memberi penekanan kepada pendidikan akhlak, nilai Islam, kepimpinan dan budaya hormat- menghormati.
ASRAMA
Soalan : Adakah sekolah menyediakan kemudahan asrama?
Jawapan: Tertakluk kepada kapasiti dan kemudahan semasa sekolah.
Soalan : Apakah syarat tinggal di asrama?
Jawapan : Murid hendaklah mematuhi semua peraturan asrama yang ditetapkan.
Soalan : Bilakah waktu lawatan ibu bapa ke asrama?
Jawapan : Waktu lawatan adalah mengikut ketetapan pihak sekolah.
IBUBAPA & KOMUNITI
Soalan: Bagaimanakah ibu bapa boleh memantau perkembangan anak?
Jawapan : Melalui laporan akademik, perjumpaan ibu bapa dan guru serta saluran komunikasi rasmi sekolah.
Soalan : Bagaimanakah ibu bapa boleh menyampaikan cadangan atau aduan?
Jawapan : Cadangan dan aduan boleh disalurkan kepada pihak pentadbiran sekolah secara rasmi.
Soalan : Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat terkini sekolah?
Jawapan: Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi, Facebook rasmi sekolah dan saluran komunikasi rasmi sekolah.
Soalan: Bagaimanakah saya boleh menyumbang kepada pembangunan sekolah?
Jawapan : Orang ramai, alumni dan ibu bapa boleh menyumbang melalui program kerjasama komuniti, sumbangan kebajikan dan aktiviti pembangunan sekolah yang diluluskan.